Deskripsi Kerja

Digital Coach

Digital Penang kini mencari Digital Coach sambilan untuk mengajar skill digital sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan teknologi digital pada peringkat akar umbi.

  • Waktu kerja yang fleksibel (mungkin diperlukan untuk bekerja pada hujung minggu dan waktu malam)
  • RM 1,000/sebulan
  • Kontrak selama 3 bulan dan berpeluang untuk disambungkan sehingga 1 tahun

Tugas

  • Menyediakan bahan mengajar bagaimana untuk menggunakan teknologi seharian (Cth: Bagaimana menggunakan e-hailing, perbankan dalam talian, e-mel, panggilan video, dll.)
  • Mengatur bengkel dan klinik untuk menyampaikan bahan pengajaran
  • Membalas pertanyaan e-mel tentang penggunaan teknologi seharian
  • Bekerjasama dengan rakan kongsi dan pihak berkepentingan dalam kempen promosi

Syarat Pekerjaan

  • Bermastautin di Pulau Pinang
  • Mesra dan boleh bergaul dengan orang ramai
  • Celik digital
  • Mahir dengan teknologi seharian (Cth: e-hailing, perbankan dalam talian, e-mel, panggilan video, dll.)
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan lebih tinggi
  • Fasih bertutur dan menulis dalam mana-mana bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Hokkien)
  • Boleh bergerak ke seluruh Pulau Pinang

Permohonan Digital Coach

Semua maklumat wajib diisi.

Saiz T-Shirt